Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Jam 1:20 minit waktu Tehran, Muhammad Hosni Mubarak telah menyampaikan ucapan penting di televisyen. Presiden Mesir ini dengan nada bercampur ancaman dan rayuan menyatakan ia tidak akan menjadi calon pilihanraya akan datang. Beliau menegaskan akan berada di dalam posisinya sebelum pilihanraya (lapan bulan lagi). Intisari penting ucapan beliau ialah: -Kita telah menyaksikan ketegangan di dalam negara, sayang sekali kebebasan bersuara bertukar menjadi rusuhan. Ada harta benda awam di pejabat-pejabat kerajaan telah dicuri. - Sayang sekali sebahagian askar turut menjadi pengkhianat dan tidak melaksanakan kewajipan mereka. - Dalam menjawab kehendak rakyat, saya telah melantik wakil presiden yang saya harap beliau dapat mulakan rundingan dengan pemimpin politik dan pembangkang. - Semoga kesejahteraan negara dan keamanannya terjaga. Kerana ini saya meminta umat Islam, bangsa Qibti dan seluruh yang berada di Mesir dapat menjaga ketenteraman dan mencegah diri dari membakar harta benda awam dan turun ke jalan-jalan. - Saya Hosni Mubarak mengumumkan kepada anda semua bahawa saya tidak akan menjadi calon pilihanraya September 2011 nanti. - Saya akan berusaha memastikan keamanan dalam jangka masa pertukaran beberapa bulan akan datang. Saya sudah memikirkan pentadbiran khusus untuk peralihan kuasa kerajaan secara aman. Saya nyatakan di sini, peralihan kuasa secara aman sangatlah penting dalam memelihara demokrasi. - Undang-undang yang berkaitan dengan parlimen akan digubal semula dan semua orang tertakluk dibawah sistem perundangan. - Saya mahu parlimen dibubar menurut artikel 76 Perlembagaan yang akan melaksanakan pilihanraya serta menetapkan perkara-perkara selama pembubaran jawatan pemimpin negara yang memberikan penghormatan terhadap sebarang keputusan mahkamah. - Saya berusaha sedaya upaya untuk memulakan pembaharuan di dalam politik, ekonomi dan sosial. Begitu juga sistem perundangan serta merta akan memulakan pengadilan terhadap orang yang melakukan vandalisme terhadap harta benda awam. -Pihak polis hendaklah bertindak segera terhadap pelaku vandalisme. Meskipun begitu para penunjuk perasaan yang berhimpun di medan al-Tahrir kota Qaherah dan medan kota Buhairah enggan menerima pernyataan presiden Mesir itu. Mereka bersorak dengan lantang meminta Hosni Mubarak meninggalkan Mesir dengan segera.
1 Februari 2011 - 20:30
News ID: 223897
Hosni Mubarak dengan suara yang beraduk dengan ancaman dan rayuan menyatakan tidak akan menyertai pilihanraya akan datang, namun ia akan kekal selama lapan bulan lagi sebelum pilihanraya.